top of page

ARTICLES OF INTEREST

A letter by Tan Sri Dr Ismail Merican

LIKE many Malaysians, I am disturbed by the current developments and directions our country is taking. Race and religion seem to be used as tools to gain popularity and leverage by individuals who appear to be oblivious to the negative repercussions that may ensue.

 

This motley group of people comprises politicians, religious leaders and spokespersons of minor NGOs. They believe that by doing so, they will move the whole nation closer to God. Some have caused irreparable damage by encouraging Muslim parents not to vaccinate their children. This is the height of absurdity and reflects the huge knowledge gap they seem to have on the benefits of vaccination. Granted there may be side effects but the benefits of vaccination in the prevention of disease far outweigh its risks and millions of lives have been saved by it.

​

Then there is the issue of herd immunity. If fewer people are infected with the disease through vaccination, fewer people can spread it to others. Therefore, people who are not vaccinated are less likely to contract the disease if those around them are protected. The proportion of the community that needs to be individually immune to a disease in order to provide herd immunity is higher for diseases that are more contagious.

For measles, 83% to 94% of a population must be individually immune to confer herd immunity. Serious side effects of vaccines are very rare.

​

Sadly, in Malaysia we now hear of deaths from diphtheria, a disease most of us have long forgotten because of its rarity after successful immunisation programmes. It has now re-emerged with a vengeance, thanks to misinformation and scare tactics of detractors. It is quite unbelievable that Malaysia, which aspires to be a developed nation in four years, is now saddled with vaccine-preventable diseases just because parents have been misled by a few pretentious individuals.

​

I think the Health Ministry (MOH) should do more. Organise forums, call in stakeholders and civil society, and engage with opponents of the programme. In short, it must make itself visible and genuinely concerned.

We cannot allow these possibly naïve people to gradually demolish a highly successful immunisation strategy. Sending out press statements and releases is not going to solve the problem.

​

Next is the announcement by my medically-trained learned colleague, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, the Deputy Health Minister, regarding plans to only allow female doctors to deliver babies in public hospitals.

I thought I was suffering from hypoglycaemia as a result of fasting when I read it.

​

What was he thinking? Surely he knew that doctors are bound by our code of ethics and professional conduct.

We are not allowed to discriminate by gender, race or religion. Our role is to save as many lives as possible, all done ethically and with safety in mind.

​

For the record, the majority of babies are delivered by midwives who are exclusively female. The specialist, male or female, will only intervene if complications occur. If one insists on a specialist of a particular sex, treatment could be delayed with life-threatening complications. Our health system has done extremely well since our independence and we have impressive health indicators. This was achieved through a health care system that did not discriminate by gender. Whoever had the required expertise would be allowed to treat patients. Allowing only females to become obstetrics and gynaecology (O&G) specialists would prevent their male counterparts from pursuing a discipline. You will be limiting his freedom of choice. The training of a specialist obstetrician and gynaecologist is not restricted to a certain gender. Moreover, the O&G fraternity has developed sub-specialties which include gynae-oncology, feto-maternal medicine, reproductive medicine and uro-gynaecology. Some of these sub-specialties, such as gynae-oncology, are already male dominated due to the long hours. If O&G specialists are predominantly female, the growth of certain vital sub-specialties may be restricted.

​

So what is next? Allowing only female surgeons to do breast surgery? Introducing gender biased policies in health care can be detrimental.

 

The conundrum of gender selective entry into the medical field will lead to multiple issues such as shortage of male doctors in fields like urology and restriction of breast surgery only to female doctors. The choice of who the patient wants to deliver her child is really hers. Private health care already provides the choice to the patient as to who she wishes to see for obstetric care. Patients do realise that they should have confidence in the skills and experience of the doctor and choice should not be based solely on the gender. It is important to choose a doctor who possesses recognised qualifications and experience.

​

The vision of health for all cannot be achieved through gender selective policies.

​

TAN SRI DR ISMAIL MERICAN
Former DG of Health, MOH

 


Terjemahan

​

SEPERTI ramai rakyat Malaysia yang lain, saya terganggu dengan perkembangan semasa dan hala tuju negara kita. Isu kaum dan agama sering diperalatkan oleh individu tertentu untuk meraih populariti dan keuntungan. Nampaknya mereka langsung tiada kesedaran tentang kesan buruk akibat daripada perbuatan mereka.

Pelbagai individu ini terdiri daripada ahli-ahli politik, ketua-ketua agama dan jurucakap beberapa NGO kecil. Mereka percaya bahawa dengan berbuat demikian, mereka akan membawa seluruh negara ini lebih dekat dengan Tuhan.

​

Ada antara mereka yang telah melakukan kerosakan yang amat besar dengan menggalakkan ibu-bapa Muslim agar tidak memvaksin anak-anak mereka. Ini adalah satu perkara yang langsung tidak masuk akal dan mencerminkan jurang ilmu yang ketara dalam diri mereka tentang manfaat vaksinasi.

Memang benar ada kemungkinan terdapatnya kesan sampingan, tetapi manfaat vaksinasi dalam pencegahan sesuatu penyakit jauh mengatasi risiko yang terlibat. Sesungguhnya jutaan nyawa telah dapat diselamatkan dengan pengambilan vaksin.

​

Isu imuniti kelompok juga perlu saya sentuh. Jika vaksinasi dapat mengurangkan bilangan orang yang dijangkiti, maka berkuranglah juga bilangan orang yang akan menjangkitkannya kepada orang lain.

Oleh itu, mereka yang tidak divaksin kurang berkemungkinan untuk mendapat penyakit sekiranya orang-orang yang ada di sekitar mereka telah pun dilindungi dengan pengambilan vaksin. Untuk mencapai imuniti kelompok, peratusan individu dalam komuniti yang perlu mempunyai imuniti terhadap sesuatu penyakit harus menjadi lebih tinggi bagi penyakit-penyakit yang lebih mudah berjangkit.

Bagi demam campak, misalnya, sebanyak 83% ke 94% individu di dalam sesebuah populasi perlu mempunyai imuniti untuk membolehkan imuniti kelompok dicapai. Kesan sampingan vaksin yang serius sangat jarang berlaku.

 

Malangnya, di Malaysia, kita kini mendengar berita kematian akibat difteria, satu penyakit yang telah lama dilupakan memandangkan ia amat jarang dihidapi oleh sesiapa. Ini adalah hasil daripada kejayaan program imunisasi yang dijalankan. Kini penyakit difteria telah kembali berleluasa akibat penyebaran maklumat yang salah dan taktik menakut-nakutkan yang diambil oleh para pengkritik. Sukar untuk mempercayai bahawa Malaysia, sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi sebuah negara maju dalam masa empat tahun, kini dibebani dengan penyakit yang boleh dicegah dengan pengambilan vaksin, hanya kerana ada dalam kalangan ibu-bapa yang telah dipesongkan pemikiran mereka oleh beberapa individu yang berlagak pandai.

 

Saya berpendapat bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) patut mengambil langkah yang lebih giat untuk menangani perkara ini.  Anjurkan forum, jemput pemegang taruh serta wakil masyarakat sivil, dan berinteraksilah dengan mereka yang menentang program vaksinasi. Pendek kata, KKM perlu dilihat lebih menonjol dan mempamerkan keprihatinan yang jujur.

Kita tidak boleh benarkan mereka yang mungkin naif ini perlahan-lahan memusnahkan strategi-strategi imunisasi yang berjaya. Masalah ini tidak akan dapat diselesaikan dengan mengeluarkan kenyataan media semata-mata.

 

Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang pengumuman yang dibuat oleh rakan sejawat saya yang terlatih dalam bidang perubatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya, Timbalan Menteri Kesihatan, berkaitan perancangan untuk membenarkan doktor wanita sahaja menyambut kelahiran bayi di hospital awam. Apabila saya membaca kenyataan tersebut, pada mulanya saya sangka saya sedang mengalami kekurangan gula dalam darah kerana berpuasa.

 

Apa agaknya yang beliau fikirkan ini? Tidak mungkin beliau sudah lupa bahawa semua doktor terikat dengan kod etika dan tatalaku profesional. Kita tidak boleh melakukan diskriminasi berdasarkan jantina, kaum atau agama. Peranan doktor adalah untuk menyelamatkan seberapa banyak nyawa yang mungkin, dengan cara yang beretika dan mementingkan keselamatan.

 

Untuk pengetahuan, sebilangan besar daripada bayi disambut kelahirannya oleh bidan-bidan yang kesemuanya wanita. Doktor pakar, baik lelaki mahupun wanita, hanya akan mengambil alih sekiranya timbul sebarang komplikasi. Jika seorang pesakit bertegas untuk mendapatkan khidmat pakar daripada satu jantina sahaja, ini mungkin akan melengahkan pemberian rawatan jika berlaku komplikasi yang mengancam nyawa.

Sistem penjagaan kesihatan kita telah menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang sejak negara kita mencapai kemerdekaan dan selama ini kita mempunyai penunjuk kesihatan yang sangat membanggakan. Ini telah berjaya dicapai dengan pelaksanaan sistem kesihatan yang tidak membezakan antara jantina. Sesiapa yang mempunyai kepakaran yang diperlukan akan dibenarkan untuk merawat pesakit. Jika hanya doktor wanita yang dibenarkan untuk menjadi pakar obstetrik dan ginekologi (pakar O&G), ini akan menghalang rakan-rakan sejawat mereka yang lelaki untuk mengejar kejayaan dalam satu bidang perubatan yang khusus. Kebebasan mereka untuk membuat pilihan akan disekat. Latihan sebagai seorang pakar O&G tidak terbatas kepada satu jantina sahaja. Kelompok pakar O&G ini telah membawa kepada kewujudan bidang sub kepakaran yang khusus termasuk gine-enkologi, perubatan feto-maternal, perubatan reproduktif dan uro-ginekologi. Beberapa sub kepakaran seperti gine-enkologi didominasi oleh kaum lelaki disebabkan oleh waktu bekerja yang panjang. Jika pekerjaan pakar O&G didominasi oleh kaum wanita sahaja, maka perkembangan sub kepakaran yang penting akan terbatas.

 

Apa lagi selepas ini? Nak benarkan pakar bedah wanita sahaja untuk membuat pembedahan payudara? Saya ingin menegaskan bahawa pengenalan dasar-dasar penjagaan kesihatan yang berat sebelah kepada satu jantina sahaja akan membawa kepada kemudaratan.

 

Persoalan pemilihan kemasukan ke dalam bidang perubatan yang berdasarkan jantina akan mencetuskan pelbagai isu seperti kekurangan doktor lelaki dalam bidang urologi dan pembedahan payudara yang terbatas untuk dilakukan oleh doktor perempuan sahaja. Pilihan tentang siapa yang akan membantu dan menyambut kelahiran bayi sepatutnya terletak di tangan para ibu yang mengandung. Penjagaan kesihatan swasta sudah pun memberikan mereka pilihan ini. Untuk mendapatkan penjagaan obstetrik yang diperlukan, mereka boleh memilih pakar O&G yang mereka rasakan sesuai. Para pesakit juga sedar bahawa mereka perlu ada keyakinan terhadap kemahiran dan pengalaman doktor yang menjadi pilihan mereka dan ini tidak harus berlandaskan jantina semata-mata. Amat penting untuk memilih doktor yang mempunyai kelayakan yang diiktiraf serta pengalaman.

​

Visi kesihatan untuk semua tidak akan mampu dicapai melalui dasar-dasar pemilihan yang berdasarkan jantina.

 


TAN SRI DR ISMAIL MERICAN
Mantan Ketua Pengarah Kesihatan

bottom of page